Friday, June 5, 2015

kebaikan internet : Hasil karya Naisha bt Muhammad @ Bardi dr Tahun 6 Alpha ( 2015 )

Soalan : Internet merupakan sistem komunikasi yang penting kepada murid-murid di sekolah.
Tulis sebuah karangan tentang kebaikan internet.
Pendahuluan :
Isi-isi penting :
-       Mencari maklumat
-       Mencari sesuatu perkataan
-       Membeli sesuatu secara online
-       Melayari laman web
Penutup :
Karangan Bahasa Melayu Ujian Pertengahan Tahun ( U.B.B. 2 )
Bahagian B.
Soalan ke -2
Nama Murid : Naisha bt Muhammad @ Bendi
Kelas : 6 Alpha
Markah : 28/30
                        Internet merupakan sistem komunikasi yang penting kepada murid-murid sekolah, Terdapat banyak kebaikan internet yang perlu kita tahu.
                        Antara kebaikan internet ialah mencari maklumat. Kita boleh mencari maklumat menggunakan internet. Ia amat sesuai untuk pelajar di sekolah. Kita boleh tahu secara lanjut melalui internet jika kita tidak faham.
                        Kita juga boleh mencari perkataan yang kita tidak faham melalui internet. Jika kita mempunyai internet, kita tidak perlu bersusah payah mencari kamus untuk mencari  perkataan yang kita tidak faham. Melalui internet kita boleh mencari apa sahaja perkataan yang kita tidak faham atau maksud sesuatu perkataan.
                        Dengan internet, kita boleh membeli barang secara online. Tetapi kita mestilah berhati-hati kerana sekarang telah banyak berlaku kes penipuan dan jenyah siber. Dengan internet, kita tidak perlu bersusah payah ke pasar raya kerana kita boleh menempah barangan secara online. Sekarang, laman web Lazada dan Zalora ialah popular dengan membeli barang melalui laman web tersebut.
                        Satu lagi kebaikan internet ialah melayari beberapa laman web. Kini, terdapat pelabagai laman web untuk belajar seperti Tutor tv, i-buddy dan sebagainya. Kita juga boleh menonton video atau mendengar lagu dengan melayari Youtube. Kini, laman web Facebook, Twitter popular sebagai aplikasi untuk berkomunikasi tetapi kita haruslah berwaspada dan berhati-hati.
                        Kesimpulannya, internet memberi banyak faedahkepada kita. Internet sangat sesuai digunakan oleh pelajar sekolah terutamanya pelajar tahun enam yang akan menduduki peperiksaan U.P.S.R.