“ Pada Malam Lailatul Qadar, Jibril as dengan serombongan malaikat turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingat Allah SWT. “
Abu Hurairah berkata , “ Pada malam lailatul qadar, para malaikat yang turun ke bumi lebih banyak daripada batu kerikil. Pintu langit dibuka untuk mereka turun sebagaimana telah dijelaskan. Maka tersingkaplah kerajaan ini oleh pancaran cahaya. “ Adapun manusia dalam hal itu bertingkat-tingkat. Ada yang untuk sesetengah mereka, dibukakan tabir kerajaan langit dan bumi sehingga dapat melihat rupa Malaikat dalam rupa aslinya. Ada yang duduk, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih dan bertahlil. Malah ada juga dalam kalangan mereka, dibukakan tabir syurga sehingga ternampak mahligai-mahligai, taman, bidadari,sungai, pepohonan dan buah-buahnya. Bahkan mereka juga dapat melihat tempat para nabi, para wali dan syuhada. Kemudian, mereka juga melihat Neraka dengan segala isinya serta tingkatan orang-orang kafir. Malahan, ada pula sesetengah mereka yang dibukakan tabir antara dia dan Allah SWT sehingga dia melihat Allah SWT sahaja. ( dalam bab ini, aku rasa kalian kena tanya orang yang lebih ariff kerana dah masuk jalan tasawuf, tarekat dan hakikat ni. Kita orang awam- janganlah berharap akan dapat melihat perkara-perkara sebegitu apabila beramal )
Dari Umar ra, Rasulullah SAW bersabda :
“ Barangsiapa yang hidupkan malam 27 bulan Ramadhan sampai subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah setiap malam Ramadhan seluruhnya. “ Fatimah lalu berkata, “ Wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tidak mampu beribadah malam ? “ Baginda menjawab , “ Hendaklah mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat saja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT . Itu lebih kusukai daripada ibadahnya umatku seluruhnya pada bulan Ramadhan. “
Dari Aisyah ra , dia berkata , “ telah bersabda Rasulullah SAW :
“ Barangsiapa yang menghimpunkan malam Lailatul Qadar, melakukan solat dua rakat dan memohon ampun kepada Allah di situ, tentu Allah SWT mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah serta Jibril mengusap akan dia dengan sayapnya. Siapa yang diusap Jibril dengan sayapnya pasti dia akan masuk syurga. “
P/s Sahabatku sekalian, pesanan untuk aku dan kalian ialah, marilah kita sama2 mencari keampunan Allah SWT dalam bulan maghfirah ini..Ya Allah, kami ini berdosa! Ampunkanlah dosa kami yang nyata atau tersembunyi, yang telah berlalu, sekarang dan akan datang Ya Allah.. Dosa kami yang besar atau kecil…dan janganlah kau tinggalkan kami walaupun dengan sedikit dosa kecuali telah diampunkan oleh-Mu ya Allah. Ampunilah segala dosa kedua ibu bapa kami, dosa kaum keluarga dan sanak saudara kami, dosa sahabat-sahabat kami, dosa guru-guru kami, dosa muslimin dan muslimat, mukmin dan mukminat, baik yang masih hidup atau yang telah mati. Amin. Ya Robbal Alamin. 